..Tenkiuu..

Monday, November 30, 2009

Sampai juga akhirnya...

Me  hubby bertolak dlm 11.30 p.m. dr Chini sbb nak elak jam...Dlm perjalanan mlm semalam, ada sebuah kereta nyaris2 xcident tp nasib baik kereta Merz & another 1 car rela hati mengelak ke bahu jalan....dah la potong lori...klu x, agaknye ngan lori2 tu skali kene..Malang x berbau org kata... me & hubby so surprise..cuak jap..
I think that boy must be cuak gilerrr la..haiyaaaa...x sayang nyawa ke beb!!! Mujur xde apa2 yg jadi...Alhamdulillah spi dlm 3.00 a.m..tu pun si suami ni pecut x hingat...serun3...

Thursday, November 26, 2009

More Care Less Hate

Malam semalam layan Hallmark
.
.
.
READING ROOM
.
.
.
Terpacul statement diatas
.
.
.
Terfikir sejenak
.
.
.
Apapun yg kita lalui, cubalah untuk jd yg terbaik kpd org disekeliling kita :)



Wednesday, November 25, 2009

New skin...

Since i'm mc today...all day long juz updating my blog...
Today i'm excited to change the skin...
At last i found the cutiest skin...
It is from Eynda's Diary blog...
Juz trying the template source that she used
.
.
.
.
.

...i really loikeeeeee it.... :)

Eid Adha 1430H

To all frens..Happy Eid Adha this coming Friday...
Take care n please remind ur 'supir' to drive carefully..he he
Till then..tata..

Tuesday, November 24, 2009

Bila mata start stimm...

bila lepas time lunch jek..mata dah layu2 nak dibelai...hurmmm...sgt2 x suke..
time ni nak elak nantuk2 tu, Zuhur je la jawabnye..
plus ngan xde kejenye time ni..lg la bertambah2 bosannn ngadap pc..
so, time mengular pun start spt skg ni la...he he...

baby pun asyik gerak2 je...layan je la...x gerak nnt risau pulak dibuatnye..
sbnrnye xde apa nak coret2 arini cuma dlm kepala ni asyik terbayang mcm mn la nnt nak bersalin...nak jaga baby..nak BF baby for 2 years..

Ttg BF sgt2 komited + excited + (tired..ni dah sure punyalah)...
Pump pun dah beli sbb tu excited sgt tp x tahu lg nnt bagaimana keadaannya klu production susu kurang..x spt yg diharapkan..kene usaha lagi la jawabnya..

sikit sebanyak dah explore mcm2 info ttg BF..sgt teruja kpd mereka2 yg mampu utk terus BF baby diorang..congrats for them...hopefully dapat ikut jejak langkah mereka..saya budak br nak blajar..sila tunjuk ajar ye...

Lil's stuffs vs. mommy's....





Klu sebut shopping je..mesti pk YES 2009 but for me this time juz shopping mopping for baby's stuffs je la..hajat nak shopping tuk diri sendiri perlu diketepikan dahulu..insyaallah klu de rezeki lebih bolehlah shopping tuk diri sendiri pula..

skg pun rasanya perut ni dah makin membesar..this morning i'm wearing the usual blouse i used to wear but i feel it's a bit fit for me..huwaa..i think i need to have a maxi clothes since i'm getting 6 months +++ until the delivery......

Friday, November 13, 2009

Mandi wajib slps melahirkan..

MEREKA yang berkahwin ingin mendapat cahaya mata sempurna. Anak itu apabila dewasa kelak diharapkan menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.Oleh itu, anak sebagai anugerah Allah kepada pasangan suami isteri hendaklah diberikan perhatian dan kasih sayang serta bimbang sewajarnya.Anak juga satu amanah dan ujian daripada Allah kepada mereka yang dikurniakan harta benda atau anak. Allah akan menyediakan pahala besar kepada orang yang mematuhi perintah-Nya dan mengutamakan lebih daripada harta benda dan anak yang dikasihi itu. Hal ini seperti firman-Nya bermaksud: Kekayaan harta benda dan anak-pinak itu adalah perhiasan hidup di dunia.

(Surah al-Kahfi, ayat 46)Firman Allah lagi bermaksud: Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Allah hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.(Surah al-Anam, ayat 165)

Bagaimanapun, janganlah dijadikan harta kekayaan dan anak itu untuk kesenangan dan perhiasan dunia semata-mata. Kita hendaklah berjaga-jaga dan menjadikannya sebagai jalan bagi menerbitkan amal soleh yang kekal faedahnya. Ia untuk kesenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.Bagaimana hendak mendapatkan anak soleh serta cemerlang di dunia dan akhirat. Islam ada menunjukkan caranya iaitu sejak dari ibu itu mengandungkan anaknya.

Ketika mengandung, ibu banyak mengalami perubahan emosi dan fizikal. Oleh itu, banyak amalan sunat yang boleh dilakukan ketika mengandung.Anak itu mesti ditarbiah sejak masih janin atau dalam kandungan.

Tingkah laku ibu bapa yang baik ketika hamil adalah pendidikan awal kepada anaknya.Antara amalan yang sunat ketika hamil adalah memperbanyakkan membaca ayat al-Quran dan berdoa. Hal ini seperti diriwayatkan Ibnu Sunni daripada Fatimah yang maksudnya:

Sesungguhnya Rasulullah saw apabila (Fatimah) hampir melahirkan, memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampir Fatimah. Maka Baginda membaca ayat al-Kursi dan surah al-Araf (ayat 54) di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca surah al-Falaq dan an-Nas.

Doa yang sunat dibaca ketika hamil termasuk doa Nabi Yunus yang tafsirnya: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan engkau (Ya Allah!). Maha Suci engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!). Sesungguhnya aku adalah daripada orang yang menganiaya diri sendiri.(Surah al-Anbiya™, ayat 87)

Bagi ibu yang sukar bersalin, Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah bersabda bermaksud : Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan dalam bejana (bekas) surah al-Ahqab (ayat 35) dan surah al-Naziâکat (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya.

(Hadis riwayat Ibnu Sunni)Islam juga menggariskan cara yang sebaik-baiknya menyambut kelahiran anak. Antaranya memberikan ucapan tahniah dan gembira di atas kelahiran anak itu; menyerukan azan dan iqamah; mencukur rambut; memberi nama dan melakukan akikah.Seorang perempuan yang selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Ulama berijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk dalam perkara yang mewajibkan mandi adalah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah).Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (â€کalaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah. Maka, wajib ke atas perempuan itu mandi.Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan.

Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas adalah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu 15 hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Jika darah itu tidak keluar melainkan selepas berlalu masa selama 15 hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas. Ia adalah darah haid. Maka, dalam hal ini perempuan itu diwajibkan mandi kerana nifas.

Mandi kerana wiladah adalah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya alaqah atau hanya mudhghah.. Maka, wajib bagi perempuan itu mandi kerana wiladah selepas kelahiran atau keguguran seperti yang disebutkan di atas.Maka, apabila seorang perempuan melahirkan anak, dia wajib mandi kerana wiladah. Wajib juga ke atasnya mandi nifas selepas berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu 40 hari 40 malam atau masa paling maksimum selama 60 hari 60 malam.

Sumber : susuibu.com....