..Tenkiuu..

Friday, November 13, 2009

Mandi wajib slps melahirkan..

MEREKA yang berkahwin ingin mendapat cahaya mata sempurna. Anak itu apabila dewasa kelak diharapkan menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.Oleh itu, anak sebagai anugerah Allah kepada pasangan suami isteri hendaklah diberikan perhatian dan kasih sayang serta bimbang sewajarnya.Anak juga satu amanah dan ujian daripada Allah kepada mereka yang dikurniakan harta benda atau anak. Allah akan menyediakan pahala besar kepada orang yang mematuhi perintah-Nya dan mengutamakan lebih daripada harta benda dan anak yang dikasihi itu. Hal ini seperti firman-Nya bermaksud: Kekayaan harta benda dan anak-pinak itu adalah perhiasan hidup di dunia.

(Surah al-Kahfi, ayat 46)Firman Allah lagi bermaksud: Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Allah hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.(Surah al-Anam, ayat 165)

Bagaimanapun, janganlah dijadikan harta kekayaan dan anak itu untuk kesenangan dan perhiasan dunia semata-mata. Kita hendaklah berjaga-jaga dan menjadikannya sebagai jalan bagi menerbitkan amal soleh yang kekal faedahnya. Ia untuk kesenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.Bagaimana hendak mendapatkan anak soleh serta cemerlang di dunia dan akhirat. Islam ada menunjukkan caranya iaitu sejak dari ibu itu mengandungkan anaknya.

Ketika mengandung, ibu banyak mengalami perubahan emosi dan fizikal. Oleh itu, banyak amalan sunat yang boleh dilakukan ketika mengandung.Anak itu mesti ditarbiah sejak masih janin atau dalam kandungan.

Tingkah laku ibu bapa yang baik ketika hamil adalah pendidikan awal kepada anaknya.Antara amalan yang sunat ketika hamil adalah memperbanyakkan membaca ayat al-Quran dan berdoa. Hal ini seperti diriwayatkan Ibnu Sunni daripada Fatimah yang maksudnya:

Sesungguhnya Rasulullah saw apabila (Fatimah) hampir melahirkan, memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampir Fatimah. Maka Baginda membaca ayat al-Kursi dan surah al-Araf (ayat 54) di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca surah al-Falaq dan an-Nas.

Doa yang sunat dibaca ketika hamil termasuk doa Nabi Yunus yang tafsirnya: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan engkau (Ya Allah!). Maha Suci engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!). Sesungguhnya aku adalah daripada orang yang menganiaya diri sendiri.(Surah al-Anbiya™, ayat 87)

Bagi ibu yang sukar bersalin, Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah bersabda bermaksud : Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan dalam bejana (bekas) surah al-Ahqab (ayat 35) dan surah al-Naziâکat (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya.

(Hadis riwayat Ibnu Sunni)Islam juga menggariskan cara yang sebaik-baiknya menyambut kelahiran anak. Antaranya memberikan ucapan tahniah dan gembira di atas kelahiran anak itu; menyerukan azan dan iqamah; mencukur rambut; memberi nama dan melakukan akikah.Seorang perempuan yang selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Ulama berijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk dalam perkara yang mewajibkan mandi adalah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah).Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (â€کalaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah. Maka, wajib ke atas perempuan itu mandi.Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan.

Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas adalah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu 15 hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Jika darah itu tidak keluar melainkan selepas berlalu masa selama 15 hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas. Ia adalah darah haid. Maka, dalam hal ini perempuan itu diwajibkan mandi kerana nifas.

Mandi kerana wiladah adalah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya alaqah atau hanya mudhghah.. Maka, wajib bagi perempuan itu mandi kerana wiladah selepas kelahiran atau keguguran seperti yang disebutkan di atas.Maka, apabila seorang perempuan melahirkan anak, dia wajib mandi kerana wiladah. Wajib juga ke atasnya mandi nifas selepas berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu 40 hari 40 malam atau masa paling maksimum selama 60 hari 60 malam.

Sumber : susuibu.com....

No comments:

Post a Comment